Tuesday, April 7, 2009

minggu 13 (30 mac 2009-3 april 2009)

Minggu 13

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran : BAHASA MALAYSIA
Tingkatan : Peralihan
Tarikh : 30 Mac 2009 (Isnin)
Masa : 2.00-3.10pm
Tempoh : 70 minit
Tajuk : Menulis
1. Membaca dan memahami sajak.
2. Menjelaskan mesej dalam sajak.
3. Sintaksis: Ayat Penyata
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :
1. Mendeklamasi sajak dengan betul.
2. Menjelaskan tema dan persoalan sajak.
3. Memberikan contoh-contoh ayat penyata.
Fokus Utama : 5.0, 5.2
Fokus Sampingan : Aras 1(i), (ii), Aras 2(i), (ii)
Aktiviti : 1. Guru menunjukan cara mendeklamasi sajak dengan betul dan
pelajar cuba mendeklamasi sajak.
2. Perbincangan maksud sajak-penerangan tema dan persoalan.
3. Penerangan mengenai ayat penyata. Pelajar mengemukakan contoh.
4. Pelajar menyalin sajak dan membuat latihan ayat penyata.
Ilmu : Alam Sekitar, Sintaksis
Kemahiran Bernilai
Tambah : Kecerdasan pelbagai
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, buku latihan murid, Tatabahasa Dewan
Refleksi : Pelajar dapat membina ayat penyata dengan bantuan guru. Apabila
disuruh untuk mendeklamasi sajak, mereka masih segan.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas : 3E
Tarikh : 30 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 3.25-4.35pm
Aktiviti : Pemulangan semula Ujian PSK dan perbincangan jawapan.
Refleksi : Pelajar membuat pembetulan dengan menyalin jawapan yang betul.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas : 3J
Tarikh : 31 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 2.00-3.10pm
Tema : Unit 4:PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tajuk : Aktiviti 4A:Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam
Sekitar
Aktiviti 4B:Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama.
Hasil
Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya dapat:-

Memahami dan menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mengetahui kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.

Pendekatan : Perbincangan, menyalin nota dan latihan
ABM : Buku teks, buku kerja, buku latihan
Nilai Murni : Bertanggungjawab, bersyukur
Refleksi : Pelajar menyalin nota yang diberi. P & P pada hari ini hanya bertumpu
pada Aktiviti 4A sahaja. Aktiviti 4B akan dipelajari pada minggu
hadapan.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Tarikh : 31 Mac 2009
Tingkatan : 3C
Hari : Selasa
Masa : 3.45-4.35pm
Tunjang
Pembelajaran : Kecergasan
Tajuk Pembelajaran : Kemahiran : Bola Keranjang
Objektif pembelajaran : Di sepanjang pembelajaran murid-murid dapat:-
Psikomotor : 1. Melakukan aktiviti daya tahan otot.
Kognitif : 1. Melakukan kemahiran asas dengan teknik yang betul.
2. Menyatakan aspek keselamatan ketika aktiviti.
Afektif : 1. Menunjukan tanggungjawab dalam aktiviti kumpulan.
Aktiviti : 1. Perbincangan tentang tajuk dan memanaskan badan.
2. Pembahagian murid-murid kepada kumpulan.
3. Permainan.
4. Menyejukkan badan.

Nilai Murni : Semangat sukan, bekerjasama
Persediaan guru : Bola keranjang
Persediaan murid : Pakaian sukan lengkap
Refleksi : Kelas PJK hanya diadakan untuk pelajar lelaki sahaja. Pelajar
perempuan tidak mengenakan pakaian sukan lengkap. Guru
mengambil tindakan dengan mendenda mereka.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas : 3M
Tarikh : 31 Mac 2009 (Selasa)
Masa : 5.10-6.20pm
Tema : Unit 4:PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tajuk : Aktiviti 4A:Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam
Sekitar
Aktiviti 4B:Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama.
Hasil
Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya dapat:-

Memahami dan menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Mengetahui kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.

Pendekatan : Perbincangan, menyalin nota dan latihan
ABM : Buku teks, buku kerja, buku latihan
Nilai Murni : Bertanggungjawab, bersyukur
Refleksi : P & P bertumpu pada Aktiviti 4A sahaja. Aktiviti 4B akan
dibincangkan pada minggu yang berikutnya.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Kelas : 3F
Tarikh : 1 April 2009 (Rabu)
Masa : 12.50-2.00pm
Tema : Unit 4:PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Tajuk : Aktiviti 4B:Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Tanggungjawab Bersama.
Hasil
Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar seharusnya dapat:-

Mengetahui kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Memahami peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar.

Pendekatan : Perbincangan, menyalin nota dan latihan
ABM : Buku teks, buku kerja, buku latihan
Nilai Murni : Menghargai alam sekitar
Refleksi : Pelajar memahami tajuk. Mereka dapat menjawab soalan guru semasa
sesi perbincangan diadakan.


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran : BAHASA MALAYSIA
Tingkatan : Peralihan
Tarikh : 1 April 2009 (Rabu)
Masa : 2.00-3.10pm
Tempoh : 70 minit
Tajuk : Menulis
1. Mencatat isi penting
2. Permainan bahasa

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :
1. Membaca teks dan mencatat isi penting.
2. Menjawab soalan permainan bahasa.
Fokus Utama : 9.0, 9.2
Fokus Sampingan : Aras 1(i), Aras 2 (i), Aras 3(i)
Aktiviti : 1. Pelajar dan guru membaca teks bersama-sama.
2. Perbincangan isi penting.
3. Pelajar menyalin isi penting ke dalam buku latihan
4. Pelajar menjawab soalan permainan bahasa.
Ilmu : Alam sekitar
Kemahiran Bernilai
Tambah : Kecerdasan pelbagai
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, buku latihan murid
Refleksi : Pelajar masih lagi memerlukan bantuan guru untuk mencari isi penting.
Perlukan banyak latihan untuk memantapkan lagi pemahaman mereka.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Tarikh : 1 April 2009
Tingkatan : 3K
Hari : Rabu
Masa : 5.10-6.20pm
Catatan : Tiada P & P. Pada masa ini diadakan perhimpunan untuk
Tingkatan 1, 2 dan 3


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran : BAHASA MALAYSIA
Tingkatan : Peralihan
Tarikh : 2 April 2009 (Khamis)
Masa : 12.50-2.00pm
Tempoh : 70 minit
Tajuk : Morfologi
1. Imbuhan Akhiran -an

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :
1. Menggunakan imbuhan akhiran –an dengan betul
Fokus Utama : 6.0
Fokus Sampingan : Aras 3(i)
Aktiviti : 1. Penerangan mengenai tajuk beserta contoh
2. Pelajar mencari imbuhan pada teks di ms 130 dan 131 buku teks
3. Pelajar menjawab latihan berkenaan tajuk.
Ilmu : Pertanian
Kemahiran Bernilai
Tambah : Pembelajaran konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, buku latihan murid
Refleksi : Pelajar dapat mencari imbuhan yang dipelajari walaupun masih
terdapat kesalahan pada jawapan mereka.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Tarikh : 2 April 2009
Tingkatan : 3G
Hari : Khamis
Masa : 4.35-5.45pm
Tunjang
Pembelajaran : Ujian SEGAK
Tajuk Pembelajaran : 1. Naik Turun Bangku
2. Tekan Tubi
3. Ringkuk Tubi Separa
4. Jangkauan Melunjur
Objektif pembelajaran : Di sepanjang pembelajaran murid-murid dapat:-
Kognitif : 1. Melakukan aktiviti 1,2,3 dan 4 dengan betul.
2. Mencatatkan skor untuk setiap aktiviti dalam borang skor
pelajar.
Aktiviti : 1. Penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan.
2. Pelajar melakukan aktiviti 1dengan iringan metronom 96
detik seminit.
3. Bilangan denyutan nadi pelajar dalam masa 1 minit
diambil sebagai skor.
4. Pelajar melakukan aktiviti 2, 3,dan 4 dan skor untuk aktiviti itu
dicatatkan dalam borang skor pelajar.
Nilai Murni : Rajin, berdisiplin
Persediaan guru : Straw minuman, metronom 96 dan 50 detik, papan jangkauan
melunjur dan bangku
Persediaan murid : Pakaian sukan lengkap
Refleksi : Kelas hari ini hanya melibatkan pelajar yang belum
menghabiskan ujian SEGAK mereka sahaja.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Tarikh : 3 April 2009
Tingkatan : 3H
Hari : Jumaat
Masa : 4.00-5.10pm
Tunjang
Pembelajaran : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk Pembelajaran : 1. Kesihatan Diri
2. Pengambilan Makanan
Objektif pembelajaran : Di sepanjang pembelajaran murid-murid dapat:-
Kognitif : 1. Memahami tajuk pembelajaran 1 dan 2.
2. Mengetahui faktor dan kesan pengambilan makanan secara
berlebihan dan risiko obesiti.
3. Tips amalan pemakanan dan gaya hidup sihat.
Aktiviti : 1. Penerangan dan perbincangan tentang tajuk.
2. Menyalin nota.
3. Sesi soal jawab
Nilai Murni : Rajin, menghargai diri
Persediaan guru : Buku teks, nota
Persediaan murid : Buku teks, buku latihan
Refleksi : Pelajar menyalin nota dan mendengar pengajaran guru. Akhir
masa P & P, pelajar mengira keputusan ujian SEGAK mereka.

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran : BAHASA MALAYSIA
Tingkatan : Peralihan
Tarikh : 3 April 2009 (Jumaat)
Masa : 5.10-6.20pm
Tempoh : 70 minit
Tajuk : Sintaksis
1. Ayat Susunan Songsang
2. Menukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat :
1. Mengetahui ayat susunan songsang beserta contoh.
2. Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
Fokus Utama : 8.0
Fokus Sampingan : Aras 1 (i)
Aktiviti : 1. Penerangan mengenai tajuk beserta contoh.
2. Menukarkan ayat susunan biasa ke susunan songsang.
3. Menjawab latihan berkaitan tajuk.
Ilmu : Sintaksis
Kemahiran Bernilai
Tambah : Belajar cara belajar
Bahan Bantu Mengajar : Buku teks, buku latihan murid, Tatabahasa Dewan
Refleksi : Pelajar mampu menukarkan ayat biasa kepada ayat susunan songsang
walaupun terdapat kesalahan pada jawapan mereka.

No comments:

Post a Comment